Tuesday, August 25, 2015

BUKU DIGITAL MENDORONG ANAKANDA SYURGA


Harga: Seikhlas Hati!




Subhanallah,

SUDAH TERBIT!

Buku Digital Perkongsian Kisah Mendorong Anakanda Syurga
a. #46 Cerita Mendorong Anak Tanpa Marah-marah
b. Lebih #99 Skrip yang boleh terus digunakan oleh ibubapa & penjaga
c. 80% adaptasi dari Kisah Sebenar

Harga:
i) Seikhlas Hati, RM1 boleh, RM2.60 boleh, RM26 boleh, RM2.6B pun boleh grin emoticon 
ii) Bayaran paling penting anda amalkan Tips dan Teknik yang dikongsikan


Harga ini adalah inspired by Tuan Muda Runner Ahmad Fzl, didoakan banyak pahala buat beliau
Untuk mendapatkan Buku Digital ini boleh komen "Mahu" atau PM saya "Buku Mendorong" atau email "Buku Digital Mendorong" kepada haineyy@gmail.com :)


Contoh penulisan:


CERITA#1


TEKNIK SELESAIKAN PERGADUHAN DUA BERADIK


Format penyelesaian:
1) Urut emosi anak yang sedang mengamuk
2) Setelah anak tenteram, angkat maruah kedua-dua anak yang bergaduh
3) Angkat maruah Anak A dengan ceritakan kebaikan anak A yang dilakukannya kepada orang lain
4) Angkat maruah Anak B dengan ceritakan kebaikan anak B yang dilakukannya kepada orang lain


Contoh perkongsian:


Bismillah,
Usah risau andai anak kecil tidak mendengar kata kerana mereka akan lakukan apa yang mereka lihat.
Dari pagi tadi Kakak dan Abang bergaduh-gaduh, menangis dan sebagainya. Saya sudah pening 
pelbagai cara untuk selesaikan hingga ada niat untuk bawa rotan berjumpa mereka, tetapi bukan untuk menggunakan sekadar memberi amaran.


Alhamdulillah, perkara itu tidak berlaku.


Sewaktu Abang menangis-nangis dengan suara yang kuat saya memanggil Abang kepada saya. Abang berjalan kepada saya sambil mengadu-ngadu tentang kakak. Kakak pula membalas dari kejauhan.


Tips satu: Sewaktu anak sedang mengamuk, urut emosi mereka dahulu.
Saya pegang Abang. Gosok belakang badan untuk mengurut emosinya. Sambil gosok bahagian 
belakang bacakan Auzubillahiminasshaitonirrajim dan selawat. Berikan sedikit masa.
Kepada kakak, saya tunjukkan signal tangan datang kepada saya.
Apabila kedua-duanya sudah berada disebelah kiri dan kanan saya, saya diam sebentar. Mimik muka 
dalam keadaan tegas. Tidak gelak, tidak marah, tidak tertawa.


Tips dua: Angkat maruah anak dengan menceritakan kebaikan mereka.
Kata saya pada Abang: 


Abang tidak boleh tendang-tendang kakak. Kakak ini Kakak sulung Abang. Abang perlu hormat kepada orang yang lebih tua (Teknik Menerangkan Kesalahan dan Menunjukkan Cara yang betul).


Kakak selalu tolong Ibu mengemas rumah (Puji perbuatan baik 1)
Kakak selalu teman Ibu tidur andai Ayah masih belum pulang bekerja (Puji perbuatan baik 2)
Kakak anak yang baik selalu mendengar kata-kata ibu seperti solat dan buat homework (Puji perbuatan baik 3)


Pada Kakak pula saya katakan:
Kakak tidak boleh marah-marah atau baling mainan Abang. Abang ini adik Kakak, anak Ibu. Andai Kakak sayang pada Ibu, Kakak perlu sayang pada anak ibu dan juga orang yang lebih muda. (Teknik Menerangkan Kesalahan dan Menunjukkan Cara yang betul).


Abang selalu ambilkan air untuk Kakak (Puji perbuatan baik 1)
Abang selalu gembirakan hati ibu dengan mengemas mainan yang bertaburan (Puji perbuatan baik 2)
Abang selalu berkongsi mainan dengan orang lain (Puji perbuatan baik 3)


Tiba-tiba saya lihat Kakak dan Abang tergelak kecil. Ada senyuman di wajah mereka. Mungkin senyuman puas diceritakan kebaikan diri masing-masing. Alhamdulillah kedua-duanya pun berbaik semula.


Tidak lama selepas itu sewaktu di dapur, tiba-tiba saya terdengar kakak mententeramkan pergaduhan anakanda ahli Syurga Auni dengan Abang.


Dialog samar-samar yang saya dengar lebih kurang begini:


Kata kakak pada Auni:
Auni jangan buat Abang. Abang ni goooooddd.


Kata Kakak pada Abang:
Abang jangan buat Auni, Auni ni adik kecil. Comel.


Subhanallah, tersenyum-senyum Ibu di dapur.


Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad.


Untuk mendapatkan Buku Digital ini boleh email "Buku Digital Mendorong" kepada haineyy@gmail.com :)

Maka Nikmat Allah yang manakah yang mahu saya dustakan?

Allahu Akbar, Allahumasoliala Muhammad heart emoticon